More

    Android 13 mungkin hapuskan slot kad SIM pada telefon akan datang

    eSIM telahpun menjadi sebahagian daripada teknologi terkini selama enam tahun. Walaupun terdapat banyak telefon yang menyokong teknologi eSIM, namun hampir kesemua peranti masih memiliki dulang kad SIM. iPhone 13 sudah pun menyokong dwi eSIM dan kini Google dilaporkan sedang berusaha untuk membangunkan eSIM pada Android 13.

    Buat masa ini, pengguna boleh memilih beberapa peranti Android sama ada telefon yang mempunyai dua slot kad SIM sahaja, telefon yang mempunyai dua slot kad SIM namun masih menyokong eSIM atau telefon yang menggunakan eSIM sahaja.

    Menurut Mishaal Rahman di halaman Esper, “profil berbilang didayakan” (multiple enabled profiles, MEP) telah dikesan dalam Android Open Source Project and Android Developers yang menunjukkan ia akan dibangunkan dalam Android 13.

    Pada 2020, syarikat tersebut telah mengemas kini penyelesaian ini dalam paten dan berfungsi sebagai pemisah antara muka fizikal dan sambungan digital yang berbeza. Rahman menjelaskan cip eSIM tunggal yang disambungkan ke modem boleh menyokong MEP tanpa wayar. 

    Google dikatakan turut melakukan Application Programming Interface (API) baharu untuk MEP dalam versi aplikasi SIM Manager untuk pembangun Android 13. Tetapi mereka masih belum mengaktifkan sokongan MEP pada mana-mana peranti Pixel dan berkemungkinan juga ia akan hadir pada peranti Pixel dalam versi beta pada masa akan datang.

    Penggunaan eSIM tidak begitu memberangsangkan buat buat masa ini, namun ia boleh menjadi langkah penting dalam penyingkiran kad SIM untuk teknologi masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Tom’s Guide

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured