More

    Android 14 mungkin akan perkenalkan fungsi penghantaran SMS melalui satelit

    Sejak iPhone 14 memperkenalkan fungsi hubungan secara satelit yang boleh diaktifkan sewaktu kecemasan, beberapa syarikat telefon pintar lain turut menawarkan fungsi yang serupa dalam telefon mereka. Ini termasuklah HUAWEI Mate 50 dan HUAWEI P60 yang membenarkan pengguna menghantar SMS melalui hubungan satelit dan tidak memerlukan rangkaian telekomunikasi selular.

    Kini para pengguna Android pula dikhabarkan bakal menerima fungsi tersebut dalam Android 14. Menurut akaun Twitter #TeamPixel, Android 14 akan menawarkan penghantaran mesej SMS melalui satelit seperti dalam iPhone 14. Perlu diingati bahawa #TeamPixel hanyalah sebuah akaun pihak ketiga yang tidak mempunyai pertalian rasmi dengan Google.

    Menurut sumber, telefon-telefon Samsung Galaxy dan Google Pixel bakal menjadi peranti Android pertama yang menawarkan SMS melalui satelit. Memandangkan Android 14 dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini, fungsi tersebut mungkin akan ditawarkan dalam siri Google Pixel 8 dan Samsung Galaxy S24.

    Setakat ini masih tidak tahu jika telefon Android oleh jenama lain akan menawarkan fungsi tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WCCFTech

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured