More

    Android 16 bakal hadir dengan ciri pengurusan paparan luaran lebih mudah

    Google sedang menguji ciri baharu dalam Android 16 yang akan meningkatkan pengalaman penggunaan paparan luaran. Dengan fungsi ini, peranti Android yang disambungkan ke monitor atau skrin kedua boleh menguruskan paparan dengan lebih fleksibel serta menjadikan Android lebih menyerupai sistem pengendalian desktop.

    Salah satu ciri utama adalah keupayaan untuk menyusun semula paparan dan menggerakkan kursor tetikus antara skrin dengan lebih lancar. Pengguna juga boleh memilih antara mod cerminan yang memaparkan skrin utama pada monitor luaran atau mod peluasan yang menjadikan skrin kedua sebagai ruang kerja tambahan.

    Walaupun ciri-ciri ini belum diaktifkan secara rasmi dalam versi Android 16 Beta 2.1, pengguna boleh menghidupkannya secara manual menggunakan tetapan tertentu. Langkah ini menunjukkan menjadikan Android sebagai sistem pengendalian yang lebih serba boleh, selaras dengan inisiatif untuk menggabungkan pengalaman Chrome OS dengan ekosistem Android.

    Android 16 berpotensi membawa pengalaman penggunaan yang lebih produktif terutama bagi pengguna yang ingin menggunakan telefon atau tablet mereka sebagai alat kerja utama yang boleh dihubungkan ke monitor luaran. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured