More

    Android 16 kini dilancarkan secara rasmi dengan notifikasi dan ciri kamera baharu

    Google hari ini secara rasmi telah melancarkan kemas kini Android 16 kepada umum dan ia kini tersedia untuk telefon pintar yang serasi. Menurut Google, lebih banyak peranti akan hadir bersama sistem operasi ini dalam beberapa bulan akan datang.

    Antara ciri paling menonjol ialah Live Updates dalam notifikasi yang membolehkan kemas kini seperti perjalanan e-hailing atau penghantaran makanan dipaparkan terus dalam bentuk bar kemajuan tanpa perlu membuka aplikasi berulang kali. Notifikasi juga kini lebih teratur dengan sistem pengelompokan automatik bagi mengurangkan gangguan dan kekusutan.

    Android 16 turut menambah sokongan untuk alat bantuan pendengaran LE Audio dengan kawalan terbina dalam dan pilihan untuk beralih kepada mikrofon telefon bagi audio yang lebih jelas dalam persekitaran bising.

    Daripada segi keselamatan, Google kini menyatukan pelbagai ciri perlindungan mereka termasuk pengesanan penipuan, perlindungan daripada aplikasi berbahaya, laman web meragukan dan panggilan scam yang semuanya boleh dikawal hanya dengan satu sentuhan. Fungsi pengesanan penipuan ini telah diperkenalkan secara pratonton pada bulan Mei lalu.

    Bagi penggemar fotografi, Android 16 membawakan naik taraf besar dengan mod malam automatik, pendedahan hibrid dan pelarasan suhu warna yang lebih tepat. Gambar UltraHDR kini menyokong pengekodan HEIC dan sokongan untuk codec video profesional APV juga ditambah bagi rakaman berkualiti tinggi.

    Walaupun fungsi desktop windowing masih dalam peringkat ujian melalui Android 16 QPR3 Beta 2, ia dijangka diperkenalkan kepada umum lewat tahun ini yang membuka potensi penggunaan Android dalam gaya desktop sebenar.

    Beberapa penambahbaikan lain turut diumumkan termasuk perbualan kumpulan RCS kini menyokong ikon tersuai, Google Photos menambah penyunting imej berkuasa AI, Emoji Kitchen menerima kombinasi pelekat baharu dan peranti Wear OS kini boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam tanpa membuka aplikasi khas.

    Akhir sekali, kemas kini Pixel Drop bulan Jun memperkenalkan widget VIP untuk menunjukkan kenalan pilihan serta kapsyen video yang lebih ekspresif bagi pengalaman tontonan lebih inklusif. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemas kini terbaharu yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Google 1|2

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured