More

    Android 17 tawarkan kualiti gambar dan video Instagram setanding iPhone

    Google secara rasmi memperkenalkan pelbagai ciri baharu Android 17 yang memfokuskan kepada pencipta kandungan termasuk pengalaman Instagram lebih baik, alat suntingan berasaskan AI dan fungsi rakaman reaksi terbina terus dalam sistem operasi. Pengumuman dibuat menerusi Android Show: I/O Edition 2026 dengan Google dilihat cuba memperkukuh kedudukan Android sebagai platform utama untuk pencipta kandungan.

    Antara perubahan terbesar ialah peningkatan pengalaman Instagram di Android. Google mengatakan Android 17 kini menawarkan kualiti muat naik gambar dan video yang lebih konsisten selain prestasi aplikasi yang lebih lancar pada pelbagai jenis peranti termasuk tablet dan telefon lipat. Google juga memperkenalkan fungsi baharu dikenali sebagai “Screen Reactions” yang membolehkan pengguna merakam paparan skrin bersama kamera hadapan secara serentak.

    Fungsi ini dilihat sesuai untuk video reaction, gaming, tutorial, livestream dan kandungan media sosial seperti TikTok atau Instagram Reels. Selain itu, Android 17 juga hadir dengan beberapa ciri AI baharu di bawah ekosistem Gemini termasuk:

    • AI untuk menghasilkan widget melalui arahan suara
    • Alat menstruktur semula percakapan kepada teks lebih kemas
    • AI upscale video
    • Pengasingan audio latar secara automatik

    Dalam masa sama, Google bekerjasama dengan Adobe untuk membawa pengalaman suntingan video lebih profesional ke Android termasuk integrasi AI pada aplikasi kreatif. Google menekankan bahawa Android 17 dibangunkan dengan fokus lebih besar terhadap cara kerja pencipta kandungan terutama penggunaan media sosial, penghasilan video pendek dan multugas pada peranti skrin besar.

    Android 17 dijangka mula diperkenalkan kepada peranti Pixel terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke peranti Android lain secara berperingkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...