More

    Android akan pisahkan kawalan “volume” untuk nada dering telefon dan notifikasi

    Jika anda menggunakan telefon pintar Android, apabila anda menekan butang kawalan kelantangan (volume button) di bahagian sisi, anda boleh ubah kelantangan untuk empat tetapan iaitu Media (Media Volume), Panggilan Telefon (Call Volume), Nada Dering & Pemberitahuan (Ring & Notification Volume) dan Penggera (Alarm Volume).

    Satu perkara yang kerap diadu oleh para pengguna ialah mereka tidak dapat mengubah kelantangan untuk nada dering dan pemberitahuan secara berasingan, kerana kelantangan untuk kedua-dua aspek itu telah disekalikan.

    Kini Google dilaporkan bakal memisahkan kawalan kelantangan untuk pemberitahuan dan nada dering, supaya pengguna boleh mengawal kelantangannya secara berasingan.

    (Kiri) Ring & Notification Volume yang disekalikan; (kanan) Ring Volume dan Notification Volume dipisahkan

    Ini membenarkan pengguna untuk meningkatkan kelantangan pemberitahuan, tanpa meningkatkan kelantangan nada dering pada masa yang sama. Sebaliknya, pengguna juga boleh merendahkan kelantangan pemberitahuan, tanpa merendahkan kelantangan nada dering.

    Ciri ini dijangka akan diperkenalkan dalam Android 14 atau kemas kini QPR3 untuk Android 13.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Google

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured