More

    Android mungkin lancarkan ciri “archive”, nyahpasang aplikasi tanpa dipadam sepenuhnya

    Google sedang mengusahakan ciri untuk “mengarkibkan” (archive) aplikasi tertentu untuk membantu mengosongkan ruang pada peranti anda. Menurut blog, Google menerangkan beberapa aplikasi dengan ciri ini akan membenarkan anda menyahpasang sebanyak kira-kira 60% tanpa dikeluarkan sepenuhnya.

    Ia mencipta jenis APK baharu (Pakej Android) yang menjadikan aplikasi berfungsi pada peranti anda iaitu APK yang diarkibkan. Seperti yang dinyatakan oleh Google, APK yang diarkibkan adalah lebih kecil yang menyimpan semua data sehingga anda memulihkan dan mengembalikannya kepada saiz asal. 

    Ciri ini akan tersedia kepada pembangun dengan keluaran Bundletool 1.10 yang mungkin akan berfungsi setelah Google melancarkan ciri tersebut kepada orang awam pada tahun akan datang. Pembangun juga boleh memilih untuk menarik diri daripada APK yang diarkibkan seperti yang dinyatakan oleh Google dalam blog tersebut.

    Masih tiada sebarang butiran mengenai cara ciri tersebut akan dikeluarkan pada Android. Berkemungkinan, ia akan muncul bersama pilihan nyahpasang apabila anda menekan lama ikon aplikasi. Mengarkibkan dan kemudian memulihkannya adalah lebih mudah dan berkemungkinan akan menggunakan lebih sedikit data mudah alih sekiranya anda tidak menggunakan Wi-Fi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...