More

    Anker Soundcore Liberty 4 Pro dan Select 4 Go dilancar di Malaysia, bermula RM109

    Anker Malaysia hari ini melancarkan beberapa produk audio baharu di bawah jenama Soundcore iaitu fon telinga wayarles Anker Soundcore Liberty 4 Pro (berharga RM699) dan pembesar suara mudah alih Anker Soundcore Select 4 Go (berharga RM109).

    Liberty 4 Pro

    Fon telinga wayarles ini dilengkapi pembatalan hingar aktif (Adaptive ANC 3.0) yang menggunakan enam mikrofon dan sensor tekanan barometrik bagi membatalkan bunyi bising di sekeliling dan meningkatkan pengalaman mendengar muzik. Anker mengatakan ANC ini akan melaraskan tahap pembatalan hingarnya pada kadar tiga kali sesaat, bergantung kepada suasana sekeliling pemakai.

    Ia mempunyai woofer 10.5mm dan tweeter titanium 4.6mm yang dibina dengan seni bina akustik Soundcore ACAA. Pengguna peranti Android boleh mengaktifkan LDAC untuk transmisi audio yang berkualiti tinggi antara peranti mereka dengan fon telinga ini.

    Bekas pengecasnya pula mempunyai skrin dalaman yang menunjukkan tetapan yang sedang diguna, serta bar sentuh (touch bar) yang boleh diguna untuk mengawal tahap pembatalan hingar atau ketelusan audio, dengan menggerakkan jari ke kiri atau kanan.

    Untuk hayat bateri, fon telinga ini boleh bertahan selama 10 jam atau 40 jam jika digabungkan dengan bekas pengecas dan ANC dimatikan. Jika ANC dihidupkan, ia boleh bertahan selama 7.5 jam atau 30 jam sahaja jika digabungkan dengan bekas pengecas.

    Aplikasi Soundcore boleh diguna untuk melaraskan equalizer lapan band dan profil bunyi. Ia akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan hijau.

    Soundcore Liberty 4 Pro akan dijual pada harga RM699 bermula 1 Disember 2024 dan ia boleh didapati di Lazada, Shopee atau TikTok Shop.

    Select 4 Go

    Select 4 Go merupakan pembesar suara mudah alih yang mempunyai berat 220 gram sahaja dan menyediakan bateri 2,600mAh yang boleh memainkan muzik sehingga 20 jam. Ia dibina untuk tahan lasak dan mempunyai rating kalis air dan debu IP67 bagi membenarkan anda menggunakannya di sekitar kawasan air.

    "
    "

    Ia mempunyai output bunyi 5W dan boleh ditala dengan aplikasi Anker Soundcore yang menawarkan equalizer dengan empat pratetapan (preset) dan sembilan band. Untuk pilihan warna, ia mempunyai lima iaitu hitam, putih, biru, ungu dan merah-putih.

    Produk ini akan dijual pada harga pasaran RM109 di pengedar-pengedar sah, Shopee atau Lazada. Jika anda membelinya sebelum 17 November 2024, anda boleh dapatkan harga promosi RM99 sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk Anker baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured