More

    Ant International tubuhkan Pusat Niaga Digital baharu di Malaysia, tawarkan lebih 500 peluang pekerjaan

    Syarikat pembayaran digital dan teknologi kewangan (fintech) antarabangsa, Ant International, mengumumkan penubuhan Pusat Niaga Digital yang terbaru di Malaysia, terletak dalam menara The Exchange 106 di ibu kota Kuala Lumpur. Ia merupakan penambahan terbaru untuk syarikat tersebut sejak ia mula bertapak di G Tower Kuala Lumpur pada 2014.

    Dengan penubuhan pusat tersebut, mereka akan mencipta lebih 500 peluang pekerjaan baharu untuk warga tempatan dan akan mula menghuninya pada 2025. Syarikat itu juga merancang untuk terus menambah saiz tenaga kerjanya sehingga 2028.

    Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan akan memainkan peranan yang berkaitan dengan teknologi. Jabatan yang terbesar adalah Teknologi dan Pembangunan yang terdiri daripada pelbagai jurutera pembangunan perisian, diikuti oleh Jabatan Produk dan Reka Bentuk serta Jabatan Sains Data dan Kawalan Risiko.

    Senarai jawatan dalam Pusat Niaga Digital baharu oleh Ant International
    Struktur Pusat Niaga Digital Ant International

    Mereka komited dalam mengguna pakai sumber khas untuk membangun dan memupuk bakat-bakat ini dengan latihan komprehensif, bimbingan serta pendedahan kepada perniagaan globalnya.

    Presiden Ant International, Douglas Feagin, turut berkata syarikat itu teruja untuk mengambil tenaga kerja yang muda dan terdiri daripada graduan universiti untuk membimbing dan melatih mereka dengan kemahiran yang diperlukan.

    Syarikat itu akan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi membangunkan bakat teknologi tempatan, meningkatkan pelaburan dan meletakkan Malaysia dalam posisi untuk menjadi hab digital Asia Tenggara.

    Ant International, dikenali dengan asal-usulnya sebagai Alipay pada 2004, adalah syarikat internet antarabangsa yang terkemuka. Salah satu perkhidmatannya adalah Alipay+ Cross-Border Mobile Payment Service yang membenarkan pembayaran merentas sempadan untuk 25 e-dompet dan aplikasi perbankan dalam 57 negara dan wilayah.

    Di Malaysia, Alipay+ disepadukan dengan DuitNow QR, PayNet, GrabPay dan MyPB By Public Bank. Mereka juga bekerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet untuk membenarkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi tersebut sewaktu melancong dan membuat pembayaran di negara-negara popular seperti China, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

    "
    "

    Bagi menyokong perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) di Malaysia, Ant International menawarkan Alipay+ D-Store bagi memudahkan mereka mendigitalkan operasi perniagaan. Salah satu MSME tempatan yang menggunakan D-Store adalah jenama minuman Coolblog, di mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat pesanan secara mudah alih dan membuka kedai dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan Alipay.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured