More

    Antara muka realme baharu berdasarkan Android 10 dirasmikan

    realme telah mengumumkan realme UI, sebuah antaramuka (user interface, UI) yang menampilkan rekaan lebih ringkas serta penambahbaikan dan pengenalan ciri-ciri baharu.

    Syarikat China itu mengetengahkan UI tersebut dengan idea “Seamless Fun” di mana ia dioperasikan dengan Android 10 stok dan memperkenalkan pelbagai ikon, warna, latar belakang dan animasi dalam sistemnya. Idea ini adalah selari dengan strategi pemasaran realme yang menyasarkan golongan belia.

    Pengguna boleh reka ikon sendiri dan mengubahsuai tahap kelutsinarannya (transparency). UI itu juga menyediakan 11 latar belakang baharu untuk skrin peranti realme dan ia boleh dipadankan dengan skema warna yang tertentu. Syarikat itu juga menyediakan garis masa untuk mengimplementasi UI ini sepanjang tahun 2020.

    Selain pembaharuan dalam sistem, video yang memperkenalkan UI itu juga memberi sekilas pandang produk yang akan dikeluarkan pada masa akan datang, realme Buds Air Neo. realme Buds Air baru sahaja diumumkan pada Disember lalu, jadi kita boleh jangkakan Buds Air Neo untuk diperkenalkan pada suatu masa dalam tahun ini.

    Adakah anda seorang pengguna realme? Kongsi pengalaman anda dalam menggunakan telefon pintar mereka di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena, Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...