More

    ante lancarkan POP Phone klasik dan perkenal sarung ARC Pulse di Malaysia bermula RM149

    ante baru-baru ini telah melancarkan dua produk baharu eksklusif di SEIBU TRX yang menekankan gabungan inovasi perlindungan dan elemen nostalgia dalam penggunaan telefon pintar. Produk pertama ialah ARC Pulse iaitu sarung pelindung direka khas untuk iPhone 17 Pro dan Pro Max.

    Ia menggunakan bahan aluminium 7075-T6 dengan kemasan anti-calar dan hadir dalam rekaan dua-bahagian tanpa gam yang mengekalkan bentuk asal telefon. Ia turut dilengkapi teknologi Shock Propagation yang berfungsi menyerap dan mengagihkan impak serta telah diuji mampu menahan jatuhan sehingga 10 kaki.

    Model ini ditawarkan dalam empat kemasan warna Matte Black, Polished Silver, Graphite dan Rose Bronze pada harga antara RM359 hingga RM559 manakala edisi premium Titanium Onyx Black dijual pada RM1,599. ARC Pulse boleh didapati secara eksklusif di ante, Level 2, SEIBU TRX.

    Turut diperkenalkan ialah Native Union POP Phone edisi ulang tahun ke-15, sebuah ganggang telefon retro dengan sambungan USB-C yang boleh digunakan tanpa proses sambungan atau pengecasan. Produk ini menekankan aspek ergonomik dan kualiti audio, selain diperbuat daripada bahan kitar semula.

    Ia ditawarkan dalam lapan warna iaitu Alarm Red, Black, Slate Green, Sand Stone, Candy, Lemon, Lilac dan Pine pada harga RM149. POP Phone boleh didapati di ante, Level 1, SEIBU TRX. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured