More

    Anthony Loke: Penggunaan ANPR bakal lancarkan aliran trafik tanpa perlu “roadblock”

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) sebagai alternatif kepada sekatan jalan raya fizikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sekatan fizikal yang dilaksanakan ketika ini sering menyebabkan trafik perlahan dan kesesakan teruk khususnya apabila lorong jalan dikecilkan untuk pemeriksaan kenderaan.

    Menurut beliau, penggunaan ANPR membolehkan penguatkuasaan dilakukan tanpa memberhentikan kenderaan dan secara tidak langsung mengekalkan kelancaran aliran trafik. Teknologi itu boleh mengesan kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan, lesen memandu atau insurans tidak sah secara automatik.

    Beliau berkata sistem ANPR JPJ boleh diintegrasikan dengan sistem lebuh raya sedia ada bagi membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih cekap dan bersasar tanpa menjejaskan pengguna jalan raya lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: RTM

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured