More

    Anwar Ibrahim, BKM dan World Cup 2022 antara carian Google paling popular di Malaysia pada 2022

    Setiap tahun, Google mengumpulkan data carian setiap pengguna dan memaparkan laporannya melalui Carian Tahun 2022. Di Malaysia, orang ramai gemar untuk mengetahui lebih lanjut tentang segala-galanya daripada isu global dan tempatan, pilihan raya umum kebangsaan, acara sukan, berita budaya pop terkini serta tempat pelancongan di seluruh negara.

    10 carian teratas di Malaysia

    Inisiatif yang diterajui kerajaan menjadikannya dalam 10 carian popular teratas keseluruhan untuk tahun ini. Bantuan kewangan kekal menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia dengan ‘Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)’ menduduki tempat teratas tahun ini apabila rakyat Malaysia mencari maklumat untuk mengesahkan kelayakan mereka menerima wang.

    BKM adalah bantuan kerajaan bernilai RM 8.2 bilion. Di tempat ketujuh ialah ‘Peranti Siswa’, inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyediakan peranti kepada pelajar daripada keluarga B40.

    Pada bulan November, rakyat Malaysia melakukan tanggungjawab pengundian untuk pilihan raya umum ke-15 negara dan carian paling popular memberi kami petunjuk kepada maklumat yang dicari oleh rakyat Malaysia. ‘MySPR Semak’, ‘Keputusan PRU 15’, ‘MyUndi’ dan ‘Anwar Ibrahim’ berjaya masuk ke dalam 10 teratas.

    Bola sepak menjadi salah satu sukan paling popular di negara ini menyaksikan ‘Piala Dunia 2022’ berada di nombor tiga dalam senarai carian yang menjadi trend semasa rakyat Malaysia bersiap sedia untuk Piala Dunia.

    ‘Wordle’ ialah carian paling popular di seluruh dunia dan menduduki tempat keenam di Malaysia kerana memberikan pengguna hiburan berilmiah dengan permainan meneka perkataan lima huruf. Satu lagi hobi dalam talian yang menarik perhatian rakyat Malaysia ialah ‘Mental Age Test’ yang menduduki tempat ke-10.

    Ketika dunia meratapi pemergiannya pada 8 September, rakyat Malaysia juga ingin tahu lebih lanjut mengenai mendiang ‘Queen Elizabeth’ II dan menghormati legasinya yang luar biasa selama 70 tahun sebagai ratu British yang paling lama memerintah.

    10 carian lokasi teratas di Malaysia

    Carian untuk tempat menarik telah meningkat tahun ini dengan ‘Genting Highlands’ mendahului senarai trend dalam kategori ini. Rakyat Malaysia juga berminat untuk mencari ‘LaLaport’ yang baru dibuka di Bukit Bintang dan pusat membeli-belah ‘Pavilion Bukit Jalil’ seperti yang ditunjukkan dalam senarai ini.

    "
    "

    10 carian individu teratas di Malaysia

    Tahun 2022 merupakan tahun bersejarah bagi rakyat Malaysia dengan PRU15 baru-baru ini. Maka tidak hairanlah bahawa personaliti tempatan yang paling popular kebanyakannya adalah ahli politik dengan Perdana Menteri kita yang baru dilantik iaitu ‘Anwar Ibrahim’ di tempat pertama diikuti oleh ‘Najib Razak’ dan ‘Ahmad Zahid Hamidi’ masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

    Untuk global, bekas pasangan selebriti ‘Amber Heard’ dan ‘Johnny Depp’ yang berpisah pada 2017 selepas dua tahun bersama adalah dua carian paling popular dalam kategori Personaliti Antarabangsa. Sementara itu, pelakon ‘Will Smith’ yang menampar ‘Chris Rock’ semasa Anugerah Akademi ke-94 telah menyebabkan kedua-dua nama mereka turut muncul dalam senarai itu.

    10 carian filem teratas di Malaysia

    Penonton filem pantas muncul di pawagam untuk menonton skrin besar apabila pawagam mula dibuka semula dengan filem yang sangat dinanti-nantikan ditayangkan. Filem box office tempatan ‘Mat Kilau’ mendahului senarai filem trending teratas Google.

    Mat Kilau mencipta sejarah sebagai filem terpantas dengan kutipan RM47 juta dengan hanya 11 hari ditayangkan. Dikatakan berdasarkan kisah benar, filem seram Indonesia ‘KKN di Desa Penari’ mendapat tempat kedua dan filem adiwira DC ‘Black Adam’ di tempat ketiga.

    10 carian pemergian individu berprofil tinggi di Malaysia

    ‘Queen Elizabeth’ merupakan carian teratas pemergian individu yang berprofil tinggi menyaksikan ramai termasuk rakyat Malaysia bersedih atas pemergian mendiang raja Britain. Rakyat Malaysia juga mencari berita mengenai penyanyi-pelakon tempatan ‘Adibah Noor’ yang meninggal dunia akibat kanser ovari.

    Pemergian lain yang menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuk pelakon Thai ‘TangMo’, pelakon drama tempatan ‘Syazlin Zainal’, bekas perdana menteri Jepun ‘Shinzo Abe’, bekas penyanyi pop ‘Aaron Carter’, bekas presiden MIC ‘Samy Vellu’, pelakon Korea Selatan ‘Kim Mi-soo’, pencipta kandungan YouTube ‘Technoblade’ dan pelakon Amerika ‘Betty White’.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured