More

    Anwar–Trump capai titik tengah, tarif Malaysia dikurangkan ke 19%

    Amerika Syarikat secara rasmi telah menurunkan kadar tarif ke atas barangan import dari Malaysia kepada 19 peratus, berkuat kuasa 1 Ogos 2025. Langkah ini dibuat menjelang tarikh akhir rundingan perdagangan antara kedua-dua negara yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Tarif 19% adalah lebih rendah berbanding 25% yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Julai lalu.

    Penurunan kadar ini dilihat sebagai kejayaan rundingan intensif antara kerajaan Malaysia dan pentadbiran Trump termasuk perbualan telefon antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Trump menjelang pengumuman rasmi.

    Malaysia sebelum ini berusaha keras untuk mengekalkan kadar tarif di bawah 20% sambil menolak tuntutan Amerika Syarikat yang menyentuh soal dasar domestik termasuk pelaburan asing dan subsidi sektor pertanian dan perikanan. Antara isu penting yang dirundingkan ialah pensijilan halal AS, pembelian pesawat Boeing dan kerjasama dalam sektor logam nadir serta semikonduktor.

    Terdahulu, Malaysia termasuk dalam senarai 14 negara yang bakal dikenakan tarif antara 25 hingga 40% di bawah dasar perdagangan timbal balik AS. Notis rasmi dihantar pada 7 Julai lalu dengan rundingan diberikan sehingga 1 Ogos. Menteri MITI, Tengku Zafrul menegaskan bahawa sebarang perjanjian mesti adil dan tidak menjejaskan dasar pembangunan negara.

    Pengumuman ini disambut baik oleh pasaran dengan Bursa Malaysia dibuka tinggi yang mencerminkan keyakinan pelabur. Kerajaan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dan pelan tindakan susulan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaymail

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...