More

    Apa yang baru dalam siri Samsung Galaxy S23?

    Samsung telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaharu untuk tahun ini iaitu Samsung Galaxy S23 yang terdiri daripada Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Sekali pandang, ketiga-tiga telefon ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan siri Galaxy S22 sebelum ini, namun ia masih mempunyai beberapa perbezaan yang menarik.

    Untuk membantu anda membuat keputusan sama ada anda harus membeli siri Galaxy S23, berikut adalah semua pembaharuan yang terdapat pada siri telefon pintar ini:

    Rekaan

    Secara kasar, semua telefon Galaxy S23 mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri Galaxy S22, termasuklah ukuran dan berat. Galaxy S23 dan Galaxy S23+ mempunyai bucu yang melengkung, manakala Galaxy S23 Ultra mempunyai bucu yang lebih tajam.

    Dari kiri: Galaxy S23+, Galaxy S23 Ultra dan Galaxy S23

    Satu perbezaan ketara boleh dilihat pada kamera Galaxy S23 dan Galaxy S23+. Dua varian ini tidak lagi mempunyai bonggol kamera tebal seperti dalam Galaxy S22 dan Galaxy S22+, sebaliknya ia digantikan dengan tiga lensa yang tertimbul untuk membuatkannya lebih mirip dengan Galaxy S23 Ultra.

    Ini membuatkan permukaan belakang Galaxy S23 dan Galaxy S23+ nampak lebih kemas, namun ia tidak lagi mempunyai rekaan yang mudah dikenali seperti yang terdapat pada Galaxy S21 dan Galaxy S22.

    Kamera untuk semua varian Galaxy S23 kini nampak lebih seragam

    Untuk Galaxy S23 Ultra pula, reka bentuknya sama sepenuhnya dengan Galaxy S22 Ultra, iaitu varian yang paling besar dalam sirinya dan nampak lebih mirip kepada sebuah Galaxy Note. Galaxy S23 Ultra mengekalkan stilus S Pen yang boleh disimpan dalam ruang khas.

    Galaxy S23 juga mengekalkan rating kalis air IP68 dan badannya dibina dengan Armor Aluminium.

    Skrin

    Saiz skrin untuk semua varian Galaxy S23 telah dikekalkan daripada Galaxy S22. Galaxy S23 mempunyai skrin berukuran 6.1 inci, Galaxy S23+ dengan skrin 6.6 inci dan Galaxy S23 Ultra dengan skrin 6.8 inci. Semuanya mempunyai panel AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz untuk penghasilan warna cantik dan gerakan animasi lancar.

    "
    "

    Satu perkara baru adalah skrin untuk semua varian Galaxy S23 mempunyai kecerahan puncak (peak brightness) sehingga 1,750 nits, jadi anda boleh gunakannya dengan mudah walaupun di bawah cahaya matahari terik. Sebelum ini, ia hanya dihadkan untuk Galaxy S22 Ultra sahaja kerana Galaxy S22 sekadar mempunyai kecerahan puncak 1,300 nits.

    Selain itu, skrin untuk semua Galaxy S23 akan dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 yang lebih kukuh berbanding Victus+ pada Galaxy S22.

    Spesifikasi

    Setiap tahun, siri Galaxy S sentiasa dilengkapkan dengan cipset yang tercanggih untuk telefon Android dan tahun ini juga tidak dikecualikan. Semua varian Galaxy S23 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 1.

    Untuk para pelanggan di Malaysia, anda tidak perlu risau jika siri Galaxy S23 menggunakan cipset Exynos atau tidak kerana semua varian Galaxy S23 di seluruh dunia akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Cipset baharu yang dibina khas untuk Galaxy S23 ini mempunyai clock speed 3.6GHz yang lebih laju berbanding telefon lain yang dilengkapi cipset sama. Ia turut menawarkan storan UFS4.0 dan RAM LPDDR5+ yang lebih pantas daripada generasi sebelumnya.

    Kapasiti bateri dan kadar pengecasan masih kekal daripada Galaxy S22. Galaxy S23 mempunyai bateri 3,900mAh, Galaxy S23+ dengan 4,700mAh dan Galaxy S23 Ultra dengan 5,000mAh. 

    Galaxy S23 dan Galaxy S23+ menyokong kadar pengecasan pantas 25W, manakala Galaxy S23 Ultra menyokong kadar pengecasan pantas 45W. Perlu diingati bahawa pengecas tidak disertakan dalam kotak.

    Kamera

    Galaxy S23 Ultra adalah telefon Samsung pertama yang dilengkapi sensor 200MP untuk kamera utamanya. Secara teori, ia membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dengan butiran yang lebih tinggi.

    Galaxy S23 Ultra menampilkan kamera 200MP pertama untuk telefon Samsung

    Selain daripada itu, semua kameranya masih sama dengan Galaxy S22. Galaxy S23 dan Galaxy S23+ mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP.

    Galaxy S23 Ultra mempunyai kamera utama 200MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 3x 10MP dan kamera telefoto 10x. Samsung turut menawarkan penambahbaikan untuk penstabilan imej optikal (OIS), penstabilan video (VDIS) dan prestasi penggambaran malap Nightography.

    Kamera swafoto untuk Galaxy S23 dinaikkan sedikit daripada Galaxy S22. Semua varian Galaxy S23 kini mempunyai kamera swafoto 12MP.

    Patutkah anda membeli Galaxy S23?

    Memandangkan Galaxy S23 menawarkan penambahbaikan yang sangat kecil berbanding Galaxy S22, anda mungkin tidak perlu menaik taraf telefon jika anda menggunakan mana-mana varian Galaxy S22 atau Galaxy S21.

    Akan tetapi, jika anda menggunakan Galaxy S20 dan ke bawah, Galaxy S23 adalah sebuah pakej yang sangat menarik dan ini adalah waktu yang sempurna untuk anda menaik taraf telefon tersebut.

    Di samping itu, memandangkan ia kini dilengkapi kamera 200MP, anda mungkin boleh dapatkan Galaxy S22 Ultra untuk prestasi fotografi yang paling tinggi dalam telefon Samsung. Anda boleh mengambil gambar dengan format RAW dan menyuntingnya dengan aplikasi Adobe Lightroom untuk penghasilan gambar yang terbaik.

    Jika anda ingin membeli mana-mana telefon Galaxy S23, jangan lupa untuk gunakan kod khas TNGS23R untuk para pembaca TechNave bagi mendapatkan diskaun sebanyak RM200 sewaktu membayar.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...