More

    Apple lancarkan aplikasi Freeform: Kandungan visual untuk kreativiti dan perkongsian

    Bagi pengguna iPhone, iPad dan Mac, anda kini boleh mengemas kini peranti anda kepada iOS 16.2, iPadOS 16.2 atau macOS Ventura 13.1 mulai hari ini untuk mendapat aplikasi baharu iaitu Freeform.

    Aplikasi Freeform membantu pengguna menyusun kandungan secara visual pada kanvas yang fleksibel. Ia membolehkan anda untuk berkongsi dan bekerjasama semuanya di satu tempat tanpa perlu risau tentang reka latar atau saiz halaman. 

    Pengguna boleh menambah pelbagai jenis fail dan pratonton fail sebaris tanpa meninggalkan papan. Freeform menjadikan kerja anda lebih mudah jika dibandingkan dengan aplikasi Notes untuk bekerja dalam kanvas yang sama. Ia juga boleh dilakukan melalui panggilan FaceTime dan boleh disimpan dalam iCloud

    Di bawah merupakan beberapa contoh bagaimana Freeform membantu pengguna:

    • FaceTime: Melukis dan bekerjasama bersama semasa melakukan panggilan FaceTime untuk berkongsi idea anda secara visual.
    • Pendidikan + Papan aktiviti kelas: Guru membuat beberapa pertanyaan atau soalan berbeza untuk perbincangan. Pasukan pelajar boleh berpisah untuk bekerja di kawasan mereka sendiri dan kemudian bercakap melalui apa yang mereka dapat semua di papan yang sama.
    • Papan visi / Papan mood / Projek Kreatif: Mengumpul inspirasi untuk buku skrap, perancangan perkahwinan dan projek kreatif lain
    • Pengubahsuaian Rumah: Merancang projek baharu di rumah. Kumpulkan imej inspirasi, warna, pautan ke pembelian yang dirancang dalam satu halaman. Kongsi dengan keluarga anda untuk mendapatkan pendapat semua orang atau dengan gambaran landskap untuk mempamerkan idea anda
    • Perjalanan: Bekerjasama dengan rakan dan keluarga untuk perjalanan anda yang akan datang. Tambahkan belanjawan, peta, pautan ke restoran, tarikan, foto, senarai main dan sebagainya
    • Fesyen: Melakar reka bentuk fesyen, merancang untuk pertunjukan fesyen dan mendapat inspirasi, bekerjasama dengan seluruh pasukan reka bentuk dan banyak lagi

    Adakah anda telah mengemas kini peranti Apple anda? Kongsi pengalaman anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Apple Newsroom

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured