More

    Aplikasi Google untuk Windows kini global — Tekan Alt+Space terus guna AI!

    Terbaharu, Google telah melancarkan aplikasi rasmi untuk Windows kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mana sebelum ini ia diperkenalkan sebagai versi percubaan. Buat masa ini, aplikasi hanya menyokong bahasa Inggeris, namun lebih banyak bahasa dijangka akan ditambah tidak lama lagi.

    Antara ciri utama ialah pintasan papan kekunci Alt+Space yang membolehkan pengguna membuka tetingkap kecil untuk terus membuat carian atau bertanya kepada AI tanpa perlu membuka pelayar. Selain carian biasa, pengguna juga boleh memilih mana-mana tetingkap atau keseluruhan skrin untuk ditanya kepada AI.

    Aplikasi ini membolehkan jawapan yang lebih tepat berdasarkan paparan semasa. Ia turut menyokong Google Lens yang membolehkan pengguna memilih teks atau imej di skrin untuk carian, terjemahan atau mendapatkan maklumat tambahan dengan lebih pantas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...