More

    Aplikasi Instagram khas untuk iPad mungkin dilancar dalam masa terdekat

    Meta baru-baru ini dikhabar sedang membangunkan aplikasi Instagram khas untuk siri tablet Apple iPad dan ia bakal dilancar pada tahun ini. Untuk konteks, sepanjang masa ini, aplikasi Instagram yang dimuat turun ke dalam iPad hanyalah versi untuk iOS yang tidak memanfaatkan saiz skrin besar pada iPad. Ia nampak janggal kerana segala teks dan ikon nampak lebih besar daripada biasa.

    Perkara ini dilaporkan oleh beberapa wartawan seperti Mark Gurman dari Bloomberg serta Kaya Yurieff dan Kalley Huang dari The Information. Gurman berkata para pekerja Meta sedang menguji aplikasi Instagram untuk iPad dan ia dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini.

    Berita ini timbul tidak lama selepas Meta mengumumkan aplikasi WhatsApp khas untuk iPad, jadi tidak keterlaluan untuk kita andaikan bahawa Meta akan turut melakukan yang sama untuk Instagram pada masa hadapan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Instagram untuk iPad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured