More

    Aplikasi ‘klon’ TikTok bakal dilancar untuk pasaran AS, versi asli akan dihentikan

    TikTok dilaporkan sedang membangunkan aplikasi baharu khusus untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) bagi mematuhi undang-undang negara itu yang mengkehendaki platform tersebut dijual atau berdepan larangan operasi.

    Menurut laporan, aplikasi baharu itu dijangka dilancarkan pada 5 September ini dan semua pengguna TikTok di AS perlu beralih ke versi tersebut untuk terus menggunakan perkhidmatan. Aplikasi sedia ada yang digunakan sekarang akan dikeluarkan daripada gedung aplikasi AS apabila versi baharu dilancarkan dan dijangka akan dihentikan sepenuhnya menjelang Mac 2026.

    TikTok dijangka akan memberikan notis dan peringatan dalam aplikasi sedia ada kepada pengguna AS supaya beralih ke aplikasi baharu sebelum tarikh akhir tersebut. Ia dilihat sebagai reaksi kepada tekanan berterusan daripada kerajaan AS yang sebelum ini mengancam untuk mengharamkan TikTok kecuali ia dijual kepada syarikat tempatan.

    Namun, masih belum jelas sama ada pembangunan aplikasi baharu ini secara langsung berkait dengan syarat penjualan atau hanya sekadar langkah pematuhan teknikal. Dalam perkembangan berkaitan, bekas Presiden AS, Donald Trump, mendedahkan bahawa satu kumpulan individu kaya dijangka membeli operasi TikTok di AS daripada ByteDance.

    Urus niaga ini dijangka memerlukan kelulusan daripada kerajaan China memandangkan ByteDance berpangkalan di negara itu. Sama ada kelulusan tersebut akan diberikan masih menjadi persoalan. Langkah TikTok ini bakal menjadi antara perubahan terbesar dalam landskap aplikasi media sosial di AS khususnya melibatkan hubungan teknologi antara AS dan China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Information

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured