More

    Aplikasi MAE bakal boleh mengesan “malware” atau tetapan yang meragukan dalam telefon anda

    Bermula hari ini, pengguna aplikasi MAE yang disediakan oleh Maybank akan menerima fungsi baharu di mana ia akan mengsan malware atau perubahan yang meragu-ragukan terhadap tetapan izin (permission settings) dalam telefon.

    Jika ia mengesan sebarang malware atau perubahan dalam tetapan izin, ia akan memberi notifikasi kepada pengguna dan menghalangnya daripada mengakses akaun bank. MAE juga akan memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah yang dikesan dalam peranti.

    Fungsi ini diperkenalkan bagi melindungi anda daripada sebarang transaksi yang tidak dibenarkan (unauthorised transactions) dan melindungi pengalaman perbankan internet buat para pengguna Maybank.

    Baru-baru ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank-Bank Islam Dalam Malaysia (AIBIM) mengumumkan bahawa semua bank yang berada bawah persatuan tersebut akan memperkenalkan fungsi anti-malware ke dalam aplikasi perbankan yang disediakan oleh mereka. Fungsi ini akan mengesan malware yang dipasang dalam sebuah peranti, seperti fail-fail APK atau perisian kawalan jarak jauh.

    Selain itu, aplikasi MAE juga akan mengesan jika telefon anda mengaktifkan fungsi Developer Mode atau Accessibility Mode tanpa izin anda, kerana ia mungkin telah diaktifkan secara jauh oleh pihak ketiga yang ingin menggodam akaun bank anda. Jika berlaku demikian pengguna MAE diberi pilihan untuk meneruskan perbankan seperti biasa, atau keluar daripada aplikasi.

    Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured