More

    Aplikasi Maybank2u tidak boleh lagi dimuat turun bermula 30 Jun 2024

    Maybank mengingatkan para pelanggannya bahawa bermula hari Ahad, 30 Jun 2024, aplikasi perbankan Maybank2u MY tidak boleh lagi dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery. Selepas tarikh tersebut, aplikasi perbankan Maybank yang rasmi ialah MAE sahaja.

    Perlu diingati bahawa jika aplikasi Maybank2u sudah dipasang dalam telefon anda sebelum 30 Jun 2024, aplikasi tersebut masih boleh digunakan walaupun selepas ia dibuang daripada platform Apple, Google dan HUAWEI pada 30 Jun.

    Sungguh pun begitu, para pelanggan dinasihatkan untuk berpindah kepada aplikasi MAE yang menyediakan segala fungsi sama dalam Maybank2u, serta banyak lagi fungsi tambahan dan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

    Ini adalah tindakan serupa yang diambil oleh CIMB, di mana aplikasi lama oleh bank tersebut, CIMB Clicks, tidak boleh lagi dimuat turun bermula 11 Jun 2024 dan digantikan oleh aplikasi CIMB Octo.

    Anda boleh layari laman web Maybank untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi MAE. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menggunakan MAE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured