fbpx
More

    Aplikasi MeowTalk ini boleh bantu ketahui apa yang kucing anda ingin katakan

    Untuk peminat-peminat kucing, anda pasti pernah berhajat untuk mengetahui apa yang difikirkan oleh kucing anda atau apa yang diperkatakannya. Kini, terdapat aplikasi MeowTalk yang boleh menterjemahkan bunyi miau yang dihasilkan oleh kucing dan memaparkan maknanya.

    Perlu kami ingatkan untuk anda tidak mengambil serius tentang makna yang disampaikan melalui aplikasi ini. Apa pun, rata-rata pengguna seronok menggunakan aplikasi unik sebegini.

    Sehingga kini, terdapat 13 frasa dalam daftar kata terjemahan termasuklah “Feed me!”, “I’m angry!” dan “Leave me alone!”. Pemilik kucing boleh membantu melabel terjemahan frasa di samping membantu menambah daftar kata untuk dipelajari oleh kecerdasan buatan (AI).

    Sumber: BBC

    MeowTalk boleh dimuat turun secara percuma sama ada di Google Play Store atau Apple App Store. Memandangkan ianya masih dalam peringkat permulaan, maka terdapat juga ralat atau masalah kecil dalam aplikasi.

    Untuk pengetahuan anda, MeowTalk dibina oleh bekas jurutera Amazon Alexa. Ia sebenarnya bertujuan untuk membangunkan kolar pintar di mana ia boleh menterjemahkan bunyi kucing melalui pembantu suara manusia pada kolar tersebut.

    Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah mencuba aplikasi ini bersama kucing kesayangan anda. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X