More

    Aplikasi MT4 dan MT5 dialih keluar, pengguna iPhone tidak lagi boleh berdagang Forex

    Berita ini datang sebagai kejutan besar di seluruh dunia kerana ramai pengguna iPhone mungkin tidak dapat berdagang forex pada peranti mereka. Ini kerana Apple telah mengalih keluar aplikasi MT4 dan MT5 daripada App Store.

    Apple mahupun MetaQuotes tidak memberikan sebarang komen tentang sebab aplikasi MT4 dan MT5 telah dialih keluar daripada App Store. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai aplikasi tersebut pada iPhone, aplikasi masih berfungsi dengan baik namun anda tidak akan dapat kemas kini baharu.

    Walaupun MetaQuotes kini berpangkalan di Cyprus, ia berasal dari Rusia. Sebenarnya, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Renat Fatkhullin dan abangnya Lenar Fatkhullin yang juga Pengarah Pemasaran MetaQuotes semuanya warga Rusia. Menurut spekulasi, ini boleh menjadi faktor penyumbang kepada penyingkiran MT4 dan MT5 daripada App Store.

    Satu lagi sebab aplikasi tersebut dialih keluar ialah mungkin ada kaitan dengan beberapa aduan tentang aplikasi di App Store. Apple biasanya mengalih keluar aplikasi yang menerima jumlah aduan tertentu daripada gedung aplikasi. Aduan itu mungkin disebabkan oleh artikel yang ditulis oleh seorang penulis teknologi dari Forbes yang bernama Cyrus Farivar.

    Artikel itu bertajuk “How One Man Lost $1 Million To A Crypto ‘Super Scam’ Called Pig Butchering”. Sebagai sebahagian daripada penipuan, penipu mempengaruhi pengguna untuk memuat turun aplikasi Meta Trader. Ia menyebabkan ramai orang yang terjejas mengadu tentang aplikasi Meta Trader di App Store.

    MetaQuotes sebaliknya langsung tiada kaitan dengan penipuan ini, tetapi artikel Forbes memetik jurucakap Apple, Adam Dema yang seterusnya menjelaskan bahawa syarikat itu sedang menyiasat aduan terhadap MetaTrader. Beliau seterusnya menegaskan, mereka akan mengambil tindakan selanjutnya untuk melindungi pengguna App Store.

    Aplikasi yang dikatakan berbahaya ini boleh digunakan oleh penipu untuk memanipulasi harga pasaran, menduplikasi baki akaun, keuntungan dan kerugian. Menurut Pertubuhan Anti Penipuan Global, MetaQuotes mempunyai hampir sifar peraturan dan dasar untuk menghalang pemegang lesen mereka daripada menggunakan perisian seperti Virtual Dealer.

    Terdapat orang yang menjual iPhone dengan MT4 / MT5 prapasang dengan harga kira-kira $5,000. Syarikat kecil lain juga telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan aplikasi mereka yang merupakan alternatif kepada aplikasi MT4 dan MT5.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...