More

    Aplikasi Threads kini tersedia, lebih 2 juta muat turun dalam masa 2 jam

    Meta hari ini secara rasmi melancarkan Threads iaitu aplikasi media sosial baharu sebagai alternatif kepada Twitter dan kini memiliki jumlah muat turun hampir 2 juta walaupun baru 2 jam dilancarkan. Threads digambarkan sebagai aplikasi perbualan berasaskan teks Instagram dan ia tidak dapat disangkal sebagai klon Twitter.

    Meta memautkan Threads ke Instagram yang berfungsi untuk menggunakan nama pengguna Instagram dipindahkan ke Threads dan pengguna Instagram mempunyai pilihan untuk mengikuti orang yang sama yang mereka ikuti di Instagram.

    Twitter sejak beberapa hari lepas telah memperkenalkan had kadar untuk pengguna Twitter dengan mengurangkan bilangan tweet yang boleh dilihat setiap hari. Dengan keputusan ini, Twitter menyebabkan penggunanya terdesak untuk mencari aplikasi alternatif.

    Threads mempunyai potensi untuk menggantikan Twitter kerana sistem integrasi pengguna yang mudah antara Instagram dan Threads. Threads mempunyai kiriman yang panjangnya sehingga 500 aksara dengan foto, video dan pautan disokong.

    Menurut Meta, Threads tidak menggunakan sebarang data untuk menjejaki pengguna merentasi tapak web dan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat lain pada masa ini. Threads dan Instagram berkongsi dasar privasi dengan lebih banyak maklumat tersedia di tapak web Instagram.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured