More

    Aplikasi Touch ‘n Go eWallet menjalani penyelenggaraan sistem pada 15 Oktober ini

    Terdapat pengumuman baharu daripada pihak Touch ‘n Go eWallet bahawa akan terdapat penyelenggaraan sistem tidak lama lagi. Ia dijadualkan akan berlaku pada 15 Oktober 2022 tetapi bukan pada waktu sibuk. Dalam pengumuman itu, penyelenggaraan sistem Touch ‘n Go eWallet pada tarikh tersebut akan berlaku dari pukul 2 pagi hingga 6 pagi.

    Dengan ini, setiap perkhidmatan dalam aplikasi tidak boleh digunakan sehingga penyelenggaraan selesai. Penyelenggaraan sistem perkhidmatan termasuk tambah nilai, fungsi pembayaran dan papan pemuka pedagang untuk peniaga.

    Untuk mengelakkan gangguan di tol di lebuh raya dan tempat letak kereta yang memerlukan Touch ‘n Go eWallet, pastikan anda telah mengaktifkan PayDirect dengan baki eWallet yang mencukupi sebelum jadual penyelenggaraan. Kongsi berita ini dengan keluarga atau rakan supaya mereka tidak tersekat di tol dan tempat letak kereta.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Touch ‘n Go

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured