More

    Apple AirPods 3 akan guna reka bentuk AirPods Pro tanpa ciri ANC, bakal dilancar awal 2021

    Pada bulan Oktober yang lalu, terdapat sumber yang menyatakan generasi baru AirPods bakal hadir dengan reka bentuk AirPods Pro tanpa ciri pembatalan hingar aktif (Active Noice Cancellation). Kini, sumber dari Korea Selatan telah mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan fon telinga ini akan dilancarkan pada separa pertama tahun 2021.

    Berdasarkan sumber, generasi ke-3 AirPods ini akan hadir dengan reka bentuk Airpods Pro dan dilengkapi cip H1 Apple bersama sistem yang baru. Peranti ini juga dikhabarkan akan dijual 20 peratus lebih murah dari harga AirPods Pro, iaitu sekitar $200 (~RM809).

    Ujian kualiti untuk generasi baru AirPods ini juga dikhabarkan akan bermula hujung bulan ini dan akan dihasilkan secara besar-besaran pada awal tahun 2021.

    Untuk generasi AirPods Pro yang baru pula, ia dijangka akan hadir dengan reka bentuk tanpa batang (stem-less) dan faktor bentuk yang lebih kompak.

    Adakah anda meminati reka bentuk fon telinga baru Apple ini? Kongsikan bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...