More

    Apple AirPods Pro 2 mungkin hadir dengan sokongan Lossless dan banyak lagi pada akhir 2022

    Terdapat khabar angin mengatakan bahawa AirPods Pro 2 akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Menurut penganalisis industri teknologi Ming-Chi Kuo, terdapat banyak perubahan pada AirPod akan datang. Antaranya adalah bentuk baharu, sensor yang mengukur kesihatan pengguna dan bekas pengecasan yang boleh mengeluarkan bunyi untuk dijejaki pengguna. Keluaran AirPods Pro 2 dianggarkan bakal mencapai 18–20 juta unit pada 2022.

    Menjelang akhir tahun 2021, pencipta AirPods menangani batasan Bluetooth dalam temu bual. Menurut Gary Geaves, Naib Presiden Apple bagi Akustik mengatakan bahawa Apple lebih fokus untuk memanfaatkan dan mengatasi had teknologi Bluetooth serta ingin lebih jalur lebar. Apple juga mungkin mengguna pakai standard baharu untuk menawarkan sokongan Lossless dengan AirPods Pro 2. 

    Sumber turut menyatakan Apple ingin mendapatkan semula momentum kerana penghantaran pada 4Q2021 adalah lebih baik daripada jangkaan iaitu pada 27 juta unit (107% QoQ dan 20% YoY). Dengan ini, Kuo menganggar penghantaran AirPods kepada 90 juta unit pada 2022 dengan pertumbuhan 25% YoY.

    Keluaran peranti ini masih lama lagi dan kami pasti akan ada butiran seterusnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...