More

    Apple akan hasilkan iPhone 14 di India untuk mula keluar dari China

    Selepas melancarkan siri telefon pintar iPhone 14 pada awal bulan ini, Apple mengesahkan bahawa mereka akan memindahkan pusat pengilangan iPhone 14 dari China ke India.

    Sungguh pun begitu, buat masa ini hanya 5% daripada seluruh jumlah iPhone 14 bakal dikilangkan di India sehingga akhir 2022. Firma kewangan antarabangsa J.P. Morgan berkata trend ini akan meningkat dan 25% daripada seluruh jumlah iPhone mungkin akan dikilangkan di India pada 2025.

    Selain China, Apple juga telah merancang untuk meluaskan rangkaian pengilangannya ke Vietnam untuk penghasilan MacBook, Apple Watch, iPad dan AirPods.

    Siri iPhone 14 terdiri daripada iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Selain dilengkapi spesifikasi tercanggih, ia juga memperkenalkan fungsi Dynamic Island, hubungan satelit dan pengesan kemalangan jalan raya yang merupakan fungsi baharu untuk iPhone.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured