More

    Apple akan perkenalkan Lockdown Mode dalam iOS 16 untuk keselamatan siber tertinggi

    Apple telah mengumumkan fungsi terbaharu untuk iPhone, iPad dan komputer Mac iaitu Lockdown Mode yang bakal menawarkan tahap keselamatan siber tertinggi untuk para penggunanya. Fungsi ini bakal diperkenalkan dalam sistem operasi iOS 16, iPadOS 16 dan macOS Ventura.

    Apple menyifatkan Lockdown Mode sebagai sistem perlindungan yang paling kuat untuk sejumlah kecil pengguna yang mungkin disasar oleh para penggodam dan pencuri maklumat. Mod ini boleh diaktifkan secara sukarela dan ia akan mengukuhkan keselamatan siber dalam peranti.

    Apabila ia diaktifkan, beberapa fungsi akan dihadkan. Contohnya:

    • Lampiran (attachments) dalam kebanyakan mesej akan dihalang selain daripada gambar
    • Sesetengah teknologi web seperti JIT JavaScript akan dihalang daripada dibuka dalam pelayar web
    • Perkhidmatan Apple seperti FaceTime akan dihalang jika pemilik peranti tidak beri kebenaran terlebih dahulu
    • Hubungan berwayar dengan komputer atau aksesori akan dimatikan dalam iPhone jika skrin iPhone itu dikunci
    • Profil konfigurasi tidak boleh dipasang dan peranti tidak boleh mengakses mobile device management (MDM)

    Untuk mengaktifkan Lockdown Mode, peranti Apple perlu dimulakan semula (restart) selepas ia dihidupkan dalam Settings. Buat masa ini, ia telah disediakan untuk versi beta iOS 16, iPadOS 16 dan macOS Ventura.

    Kongsi pendapat anda tentang fungsi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...