More

    Apple akan teruskan penganjuran WWDC 2020 sebagai sebuah siaran langsung dalam talian

    Hari ini, Apple memaklumkan bahawa acara tahunan mereka, Konferens Pembina Sedunia (Worldwide Developer Conference, WWDC), akan diteruskan sebagai acara siaran dalam talian pada Jun 2020. WWDC kali ini akan menunjukkan pengumuman produk baru seperti iPad serta kemas kini perisian operasi seperti iOS dan iPad OS.

    Menurut naib presiden pemasaran sedunia Apple, Phil Schiller, inisiatif ini diambil berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih tiada petanda ia akan berkurangan. Demi meneruskan acara tahunan tersebut, ia akan diteruskan secara dalam talian dan terdiri daripada ucapan khas serta sesi untuk komuniti pembina.

    Butiran lanjut akan dimaklumkan pada minggu-minggu mendatang melalui emel, aplikasi Apple Developer atau laman web Apple Developer. Apple juga akan memberikan US$1 juta kepada pertubuhan-pertubuhan San Jose, California bagi mengurangkan impak pendapatan akibat pembatalan WWDC secara fizikal.

    Sementara itu, naib presiden kanan kejuruteraan perisian Apple, Craig Federighi, mengatakan pelbagai teknologi dan produk baru akan diperkenalkan dalam WWDC. “Saya menantikan para pembina semua untuk melihat kod baru kami dan berinteraksi dengan jurutera-jurutera Apple dalam membina rangka teknologi yang akan membentuk platform Apple pada masa akan datang,” kata Craig.

    Apakah yang anda ingin lihat dalam WWDC 2020? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured