More

    Apple App Store berjaya sekat transaksi palsu bernilai lebih ~RM8 bilion pada 2022

    Pada hari ini, Apple App Store telah mengeluarkan laporan tahunan yang menyenaraikan usaha mereka dalam meningkatkan keselamatan pengguna dan mengelakkan kes penipuan sepanjang tahun lepas.

    Untuk menjaga tahap keselamatan para pengguna perantinya, Apple App Store telah berjaya menyekat transaksi palsu bernilai lebih USD2 bilion (~RM8 bilion) dalam platform tersebut pada 2022 dan mengelakkan kehilangan wang dalam jumlah tersebut.

    Bagi mengelakkan lagi daripada transaksi palsu ini untuk diteruskan, Apple telah menghalang akses terhadap 3.9 juta info kad kredit yang dicuri dan menghalang 714 ribu akaun bank untuk melakukan transaksi lanjutan.

    Apple juga melindungi para pengguna daripada mengakses 57,000 aplikasi mencurigakan yang mempunyai kedai (storefront) sendiri untuk membuat transaksi. Apple mengatakan kedai pihak ketiga ini tidak mempunyai perlindungan privasi dan keselamatan yang setaraf dengan App Store.

    Apple turut bertindak secara proaktif untuk akaun yang digunakan untuk tujuan penipuan, di mana lebih 282 juta akaun pengguna yang berkait dengan aktiviti penipuan atau penyalahgunaan telah dimatikan. Pada masa yang sama, lebih 198 juta akaun yang berpotensi untuk disalahguna telah disekat sebelum ia boleh didaftarkan.

    Selain itu, App Store juga telah menolak pendaftaran untuk lebih 1.7 juta aplikasi yang ingin dimasukkan ke dalam platform tersebut, kerana aplikasi-aplikasi tersebut tidak mencapai standard App Store dalam aspek privasi, keselamatan dan kandungan.

    Pada pihak pembangun aplikasi (developer) pula, Apple menamatkan 428 ribu akaun pembangun yang berpotensi untuk disalahgunakan. Bilangan ini adalah lebih rendah daripada 2021 iaitu sebanyak 802 ribu, menunjukkan bahawa kaedah dan protokol baharu dalam App Store membenarkannya untuk mengelakkan penciptaan akaun baharu yang berpotensi untuk disalahguna.

    Di samping itu, Apple memproses lebih 1 bilion rating dan ulasan daripada para pengguna, di mana lebih 147 juta telah dipadam kerana ia mempunyai unsur penipuan atau ulasan itu ingin mengarahkan pembaca untuk memuat turun aplikasi lain.

    "
    "

    Apple berkata mereka akan terus berusaha dalam menawarkan perkhidmatan teknologi yang selamat untuk para penggunanya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Newsroom

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured