More

    Apple bakal lancarkan AirPods Pro Gen-2 dengan ukiran arnab sempena Sambutan Tahun Baru Cina

    Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023, Apple akan mengeluarkan AirPods Pro generasi kedua edisi terhad dengan ukiran Tahun Arnab yang boleh didapati di kedai dalam talian dan kedai fizikal Apple di China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

    AirPods Pro edisi terhad mempunyai ukiran arnab yang direka khas pada kes pengecasan wayarles dan versi grafik yang besar berwarna merah pada kotak. Harga, reka bentuk dan ciri peranti masih sama tetapi Apple menawarkan panduan hadiah Tahun Baru Cina serta diskaun sehingga ¥1,000 (~RM33) untuk produk terpilih antara 30 Disember dan 2 Januari.

    Ini termasuk iPhone 13, iPhone 13 mini, iPad Air, iPad mini, iPad, MacBook Air, MacBook AirPods Pro, generasi kedua dan AirPod generasi ketiga. Sarung Tahun Baru Cina edisi terhad OtterBox untuk model iPhone 14 akan turut dijual.

    Pada 6 Januari dan 7 Februari, kedai fizikal Apple di China, Taiwan, Hong Kong, Macau dan Singapura akan menawarkan sesi ‘Hari Ini percuma di Apple’ di mana pelanggan boleh menggunakan iPhone untuk mencipta potret Tahun Baru yang boleh dikongsikan kepada keluarga dan rakan. .

    Sebelum ini, Apple pernah menawarkan AirPods Pro generasi pertama edisi terhad untuk Tahun Lembu pada 2021 dan Tahun Harimau pada 2022. Apple berkata AirPods Pro edisi kali ini adalah terhad kepada dua pasang bagi setiap pelanggan sementara stok masih ada.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured