More

    Apple bakal lancarkan program membaiki iPhone secara layan diri pada 2022

    Apabila kita bercakap mengenai kos membaiki telefon pintar, ia boleh menjejaskan dompet anda. Harganya pula bergantung pada model telefon yang anda gunakan. Jika ia adalah iPhone, ramai pengguna lebih rela membiarkan kerosakan tersebut daripada membaikinya. Walau bagaimanapun, Apple baru sahaja mengumumkan program pembaikan layan diri yang mana anda boleh melakukannya secara sendiri sekarang.

    Ia akan dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu sebelum dilancarkan di seluruh negara sepanjang 2022. Cara program pembaikan layan diri ini berfungsi adalah Apple akan menyediakan lebih daripada 200 alat ganti dan alat untuk siri iPhone 12 dan iPhone 13 serta komputer Mac M1. Buat masa ini, ideanya adalah untuk membenarkan pelanggan menumpukan pada pembaikan biasa seperti paparan, bateri dan kamera.

    Seperti yang kami nyatakan, Apple akan menyediakan komponen dan alatan yang diperlukan melalui pesanan daripada pelanggan di kedai dalam talian pembaikan layan diri Apple terlebih dahulu. Tambahannya lagi, sebaik sahaja pelanggan memulangkan bahagian terpakai mereka untuk dikitar semula, mereka akan menerima beberapa kredit untuk pembelian mereka. Pengguna juga akan diberikan manual pembaikan di dalam pesanan tersebut.

    Apple juga berkata bahawa program pembaikan layan diri hanya bertujuan untuk juruteknik berkemahiran tinggi. Jadi, jika anda bukan seorang yang mempunyai kemahiran dalam membaiki telefon, Apple mengesyorkan anda untuk datang ke kedai pembaikan telefon yang profesional dan dipercayai. Hal ini kerana mereka menggunakan alat ganti Apple tulen dan cara ini adalah yang paling selamat.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured