More

    Apple bakal melancarkan iPad 9 September ini, mungkin hadir dengan kemasan Titanium

    Syarikat gergasi pengeluar peranti pintar iaitu Apple mungkin melancarkan iPad generasi ke-9 pada September ini. Memandangkan Apple kebiasaannya akan memilih bulan September setiap tahun untuk melancarkan telefon baharu mereka, untuk kali ini Apple mungkin melancarkan iPad 9 serentak dengan pelancaran iPhone atau mungkin lambat sedikit tetapi masih dalam bulan yang sama.

    Terdapat sumber mengatakan bahawa iPad generasi ke-9 tidak jauh beza dengan generasi sebelumnya tetapi menjangkakan produk ini akan membantu Apple untuk memperoleh jualan keseluruhan produk iPad kepada 60 juta unit. Tambahan, peranti ini menggunakan nombor model j181 dan mungkin hadir dengan cipset A13.

    iPad 9 memfokuskan kepada pelajar dengan membina bentuk yang nipis dan cip pemprosesan yang laju. Selain itu, khabar angin juga mengatakan bahawa badannya bakal diperbuat daripada aloi aluminium tetapi mengikut kos yang perlu ditambah dalam proses pembuatannya, mungkin ciri ini tidak akan disertakan.

    Seterusnya, menurut analisis Apple, syarikat itu merancang untuk memberi penambahbaikan kepada siri iPad yang akan datang dengan menghasilkan paparan skrin OLED atau microLED memandangkan teknologi tersebut mempunyai nilai yang berpatutan pada masa kini.

    Apa-apa pun kami masih menunggu maklumat rasmi daripada Apple mengenai iPad 9 dan tarikh pelancarannya. Adakah anda menantikan iPad generasi ke-9 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9To5Mac

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured