More

    Apple bakal perkenal rekaan paparan baharu iPhone secara berperingkat hingga 2030

    Apple dijangka memperkenalkan perubahan besar pada rekaan paparan iPhone bermula dengan model iPhone 18 Pro pada 2026. Menurut penganalisis paparan Ross Young dari Counterpoint Research, Apple akan mengecilkan saiz Dynamic Island dengan memindahkan sebahagian komponen Face ID ke bawah skrin sekali gus memberi lebih ruang paparan tanpa membuang sepenuhnya fungsi sedia ada.

    Ini bercanggah dengan laporan The Information yang mendakwa model Pro akan menggunakan lubang kamera tunggal di penjuru kiri atas skrin. Wartawan teknologi Mark Gurman dari Bloomberg turut menyokong pandangan Young dengan mengatakan bahawa beberapa model iPhone tahun depan akan menampilkan Dynamic Island yang lebih kecil, bukan paparan berlubang sepenuhnya.

    Untuk iPhone edisi ulang tahun ke-20 pada 2027, Young menjangkakan Apple akan mengekalkan Dynamic Island yang kecil, bertentangan dengan dakwaan Gurman bahawa Apple akan beralih kepada paparan penuh tanpa sebarang potongan. Young turut meramalkan pada tahun 2028, semua komponen Face ID akan diletakkan di bawah skrin dan hanya meninggalkan kamera swafoto dalam bentuk lubang kecil di kiri atas.

    Bagi rekaan skrin sepenuhnya tanpa sebarang lubang atau potongan langsung, Apple dijangka hanya mampu mencapainya pada tahun 2030. Young menyatakan beliau yakin dengan unjuran ini dan telah menyusun pelan paparan iPhone sehingga akhir dekad. Seorang pembangun, Filip Vabroušek turut menghasilkan visual rekaan iPhone lima tahun akan datang berdasarkan ramalan Young dan Gurman.

    Visual itu menunjukkan tepi skrin yang melengkung serta bingkai ultra nipis untuk iPhone 2027, namun Young tidak mengesahkan maklumat ini secara langsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured