More

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime, menonton video serta menyemak maklumat harian seperti kalendar dan cuaca. Peranti ini dijangka dilancarkan seawal 13 Oktober ini dengan anggaran harga sekitar $350 (~RM1,480).

    Hub rumah pintar hadir dengan skrin segi empat tepat bersaiz 6 inci dan ketebalan fizikal menyerupai iPhone. Apple menawarkan dua variasi rekaan iaitu model lekapan dinding dan model berserta tapak pembesar suar bersahaja yang diinspirasikan daripada iMac G4. Peranti ini tidak dilengkapi bateri dalaman dan beroperasi sepenuhnya menggunakan sambungan bekalan kuasa melalui port USB-C.

    Sistem peranti pula dikuasakan oleh cip A18 atau lebih tinggi bersama sekurang-kurangnya 8GB RAM bagi menyokong pemprosesan pemodelan kecerdasan buatan Apple Intelligence. Ia turut dilengkapi kamera paparan hadapan 1080p bagi tujuan panggilan FaceTime dan pengesanan profil pengguna serta sensor jarak yang berupaya mengubah paparan antaramuka secara automatik mengikut kedudukan pengguna.

    Hub pintar rumah ini dijangka menjalankan sistem operasi khas yang dirujuk secara dalaman sebagai “Charismatic” atau nama rasmi homeOS. Antaramuka peranti memaparkan skrin utama tersuai gabungan elemen watchOS dan mod StandBy iPhone. Walaupun tiada sokongan App Store khusus, ia dilengkapi pelbagai aplikasi pra-pasang seperti Safari, Apple Music, Photos, Messages dan Home.

    Selain kawalan ekosistem pintar, peranti juga boleh berfungsi sebagai peranti interkom antara bilik jika dipasang lebih daripada satu unit serta bertindak sebagai penerima transmisi audio AirPlay. Apple juga dikhabarkan merancang melancarkan kamera keselamatan dalaman pintar pada tahun 2027 untuk dihubungkan terus ke peranti hab ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured