More

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula RM349

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka bentuk, prestasi dan spesifikasi tersendiri yang pasti memberikan kepuasan pengguna.

    Beats Solo Buds berharga RM349, menonjolkan seni bina akustik tersuai dan pemandu dwi lapis untuk kualiti bunyi premium, mengurangkan herotan dan memastikan pengeluaran audio yang berkualiti tinggi. Ia boleh dicas dengan mudah daripada pelbagai peranti dan mempunyai mikrofon yang direka khas untuk kualiti panggilan yang luar biasa, bersama dengan sambungan Bluetooth yang diperluaskan untuk pengalaman mendengar tanpa gangguan.

    Beats Solo 4 On-Ear Wireless Headphones berharga RM899 menampilkan Spatial Audio peribadi, memberikan pengalaman bunyi sekitar yang mengasyikkan manakala kusyen pada telinga UltraPlush menawarkan keselesaan berpanjangan dan pengasingan hingar pasif yang luar biasa. Ia menawarkan sehingga 50 jam hayat bateri dan Fast Fuel untuk pengecasan cepat, menyediakan sesi mendengar yang berpanjangan.

    Buat sementara ini, ia masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Kami menjangkakan jualan bermula pada pertengahan atau akhir Mei ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple 1/ 2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured