More

    Apple benarkan pembangun integrasikan NFC dalam aplikasi untuk pembayaran

    Apple mempunyai ciri NFC dan Secure Element (SE) yang membenarkan pembayaran tunai dibuat tetapi hanya melalui Apple Pay dan Apple Wallet. Tetapi dengan iOS 18.1 beta terbaharu akan datang tidak lama lagi, Apple akhirnya memberikan kelonggaran dan membenarkan pembangun menggunakan API untuk NFC dan SE dalam aplikasi mereka.

    Untuk pengetahuan, tindakan menekan butang kuasa dua kali untuk melancarkan Apple Pay kini boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi pembayaran lain. Selain itu, kad ID, lesen memandu dan kunci hotel digital juga boleh disepadukan ke dalam aplikasi pihak ketiga.

    Selain itu, pembangun akan dapat mengakses API melalui beta pembangun iOS 18.1 yang akan dikeluarkan kemudian. Pada masa ini, ciri ini terhad kepada pembangun di Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, Jepun, New Zealand dan United Kingdom sahaja dengan rancangan untuk mengembangkannya ke negara lain.

    Adakah anda akan menggunakan ciri NFC jika ianya tersedia pada peranti Apple? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured