More

    Apple dijangka lancar iPhone boleh lipat pada 2026

    Apple dilaporkan bakal melancarkan iPhone boleh lipat pertama mereka pada suku keempat 2026 bertepatan dengan pelancaran siri iPhone 18. Penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa Apple akan memuktamadkan spesifikasi peranti ini menjelang pertengahan 2025 dengan pengeluaran terhad antara 3 hingga 5 juta unit pada tahun pertama.

    iPhone boleh lipat ini dijangka memiliki rekaan seperti buku dengan skrin dalaman 7.8 inci dan skrin luaran 5.5 inci. Ketebalannya dianggarkan sekitar 9mm apabila dilipat dan 4.5mm apabila dibuka. Oleh kerana kekangan ruang, Apple mungkin menggantikan Face ID dengan Touch ID pada butang sisi.

    Daripada segi harga, peranti ini dijangka berharga antara $2,000 hingga $2,500 menjadikannya iPhone paling mahal setakat ini. Apple memasuki pasaran telefon boleh lipat bagi merangsang semula jualan iPhone terutama di China yang dikuasai jenama tempatan seperti HUAWEI dan vivo.

    Walaupun belum ada pengesahan rasmi, keputusan mengenai pembekal skrin dijangka dibuat antara Februari hingga April 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone boleh lipat pertama daripada Apple dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Medium

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured