More

    Apple dikhabar sedang bangunkan AirPods dengan kamera

    Apple dilaporkan sedang membangunkan versi AirPods dengan kamera terbina dalam. Namun, teknologi ini dijangka tidak akan muncul dalam AirPods Pro 3 yang mungkin dilancarkan pada tahun ini. Menurut Mark Gurman daripada Bloomberg, matlamat utama adalah untuk meningkatkan keupayaan AirPods dalam memahami persekitaran pengguna, selaras dengan usaha Apple dalam teknologi AI.

    Ini sejajar dengan ciri Visual Intelligence yang diperkenalkan pada iPhone 16 yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka dengan lebih bijak seperti menambah maklumat acara ke kalendar atau mendapatkan bantuan AI untuk mengenal pasti objek.

    Dengan integrasi kamera, AirPods boleh berfungsi seperti cermin mata pintar tetapi tanpa cermin mata. Pengguna mungkin dapat bertanya kepada Siri tentang persekitaran mereka tanpa perlu mengeluarkan iPhone menjadikan interaksi lebih lancar dan bebas tangan. Apple dilihat ingin menjadikan AirPods sebagai peranti pintar yang lebih canggih sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia AI.

    Selain itu, penganalisis rantaian bekalan Ming-Chi Kuo mencadangkan bahawa kamera ini boleh meningkatkan pengalaman audio spatial terutamanya apabila digunakan bersama Apple Vision Pro dan peranti realiti campuran Apple yang lain. Kamera terbina dalam ini mungkin mampu mengesan pergerakan kepala pengguna dan menyesuaikan sumber audio berdasarkan arah pandangan mereka, menjadikan pengalaman bunyi lebih realistik dan mendalam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...