More

    Apple dikhabarkan akan lancarkan AirTag 2 dengan cip tahap iPhone 15

    Apple dikhabarkan akan melancarkan AirTag generasi baharu dengan peningkatan jarak yang ketara, berpotensi mengurangkan ralat “not reachable” yang sering berlaku apabila pengguna terlalu jauh daripada penjejak.

    Menurut Mark Gurman dalam buletin “Power On” Bloomberg, AirTag baharu ini dijangka dilancarkan tahun depan dan akan dilengkapi dengan cip ultra-wideband (UWB) seperti cip berkuasa yang terdapat pada iPhone 15. Peningkatan ini dijangka menjadikan AirTag lebih berkesan untuk mencari barangan dalam jarak yang lebih jauh.

    AirTag 2 dikatakan mampu beroperasi pada jarak tiga kali ganda lebih jauh berbanding model asal yang kini berfungsi dalam lingkungan 33-98 kaki (10-30 meter) untuk Precision Finding. Jika benar, ini akan mendekatkan AirTag kepada penawaran pesaing seperti Tile yang mempunyai jarak antara 100-500 kaki (30-152 meter) bergantung pada model.

    Peningkatan ini bukan sahaja menjadikan AirTag lebih kompetitif tetapi juga menjadikannya pilihan utama bagi pengguna yang memerlukan penjejak dengan jarak lebih luas dan fungsi yang lebih canggih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...