More

    Apple dikhabarkan sedang menghasilkan AirPods Max versi lebih murah, berharga ~RM1399

    Baru-baru ini, Apple telah melancarkan fon telinga premium mereka, AirPods Max dan ianya dijual pada harga setinggi RM2,399. Fon telinga ini telah mendapat respons yang pelbagai dari peminat gajet akibat dari harga premium yang ditawarkan.

    Sumber terbaru menyatakan bahawa Apple sedang menghasilkan versi yang lebih murah untuk fon telinga AirPods Max. Sumber juga menyatakan bahawa AirPods Max versi lebih murah ini akan dijual pada harga sekitar $350 (~RM1399). Dengan tanda harga ini, ia akan bersaing dengan fon telinga popular seperti Sony WH-1000XM4 dan Bose QuietComfort 35 II.

    Untuk mengurang kos fon telinga, Apple dikatakan akan menggunakan binaan plastik dan keluli tahan karat (stainless steel) berbanding aluminium. Pengunaan plastik ini juga dapat mengurangkan keseluruhan berat fon telinga itu.

    AirPods Max

    AirPods Max versi murah ini dijangka akan kekalkan ciri Active Noise Cancellation (ANC), mod Transparency dan ketahanan bateri sehingga 20 jam.

    Perlu diingatkan, ini adalah khabar angin sahaja dan butiran mengenai peranti ini adalah dari sumber yang tidak rasmi.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti baru Apple di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured