More

    Apple dilaporkan akan lancarkan iPhone Air 2 dengan cip 2nm pada Awal 2027

    Apple dilaporkan sedang bersiap untuk melancarkan iPhone Air 2 pada awal tahun 2027, menandakan perkembangan seterusnya dalam projek telefon pintar ultra-nipis syarikat itu. Menurut sumber, model baharu ini dijangka menjadi iPhone pertama yang menggunakan cip 2 nanometer yang merupakan sebuah teknologi yang dijangka membawa peningkatan besar daripada segi ketahanan bateri dan penggunaan tenaga.

    Terdapat juga khabar angin sebelum ini mengatakan projek Air dihentikan sepenuhnya, namun maklumat lanjut menjelaskan bahawa Apple sebenarnya hanya menunda jadual pelancaran, bukan membatalkannya. Siri Air ini juga memang tidak mengikuti tradisi kemas kini tahunan seperti model iPhone lain menyebabkan Apple memilih penjenamaan berbeza daripada siri Pro dan standard.

    Daripada segi reka bentuk, iPhone Air 2 dijangka mengekalkan gaya minimalis generasi pertamanya, namun Apple merancang beberapa penambahbaikan penting. Fokus utamanya adalah bateri yang lebih tahan lama melalui penggunaan cip baharu, selain kemungkinan penambahan kamera kedua untuk tangkapan ultralebar. Walaupun model Air sebelum ini tidak mencapai jualan yang diharapkan dan lebih diminati oleh segmen pengguna yang kecil, ia masih memainkan peranan strategik dalam perancangan jangka panjang Apple.

    Secara dalaman, siri Air berfungsi sebagai platform eksperimen untuk bahan dan komponen yang turut digunakan dalam prototaip iPhone boleh lipat, menjadikannya sebahagian penting daripada hala tuju masa depan Apple dalam inovasi peranti mudah alih.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured