More

    Apple Event seterusnya mungkin akan dianjurkan pada 9 September 2025

    Setiap tahun, Apple selalunya menganjurkan acara pelancaran produk Apple Event pada suku tahunan ketiga untuk melancarkan siri iPhone terbaru dan lain-lain kategori produk. Untuk edisi tahun ini, Apple dikhabar akan menganjurkannya pada hari Selasa, 9 September 2025, menurut sumber daripada media Jerman.

    Ini adalah selari dengan ramalan Bloomberg yang mengatakan Apple Event pada tahun ini akan dianjurkan pada 8 September.

    Untuk barisan produk yang akan diperkenalkan, pastinya Apple akan melancarkan barisan iPhone 17 yang terdiri daripada iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Satu varian yang menarik adalah varian baharu iPhone 17 Air yang menampilkan rekaan ternipis di antara semua varian iPhone 17.

    Selain iPhone, Apple dijangka turut akan melancarkan jam tangan Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 11 dan Apple Watch Ultra 3 serta fon telinga wayarles Apple Airpods Pro 3.

    Seperti tahun-tahun lalu, Apple akan memfokuskan pelancaran produknya di Amerika Syarikat, diikuti oleh China, Eropah dan Jepun. Sungguh pun demikian, para peminat Apple di Malaysia tidak perlu tunggu lama kerana Apple sentiasa memberi tumpuan yang tinggi kepada pasaran tempatan, terutamanya dengan pembukaan Apple Store di TRX Kuala Lumpur.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: iPhone-ticker.de

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...