More

    Apple Glass dengan sensor LiDAR bakal hadir bersama iPhone 12 berharga (~RM2169)

    Jika sebelum ini anda telah mendengar gosip dan khabar angin tentang kaca mata pintar Apple atau nama rujukannya yang terkini Apple Glass, berita kali ini bakal menambahkan lagi bayangan jelas alat teknologi tersebut. Terkini, seorang pengulas teknologi mendakwa beliau pernah melihat prototaip Apple Glass dan menyenaraikan beberapa spesifikasinya.

    Seperti yang dibayangkan dengan imej kaca mata masa hadapan, Apple Glass bakal dihuni lensa yang mempunyai paparan. Lebih menarik, terdapat sensor LiDAR pada bingkai Apple Glass. Untuk mengawalnya, terdapat beberapa pergerakan atau gestur pada lensa. Memandangkan ia mempunyai paparan, ekosistemnya bakal dioperasikan oleh sistem UI yang bernama Starboard.

    Berkenaan pengecasan, Apple Glass mungkin menyokong pengecasan wayarles (mungkin seperti jam tangan pintar yang diletakkan dalam posisi menghadap ke bawah semasa pengecasan di atas pad pengecasan). Apa pun, penggiat teknologi ini menjelaskan bahawa yang dilihatnya adalah sebuah prototaip. Prototaip bukanlah hasil terakhir sesebuah produk. Anda juga dinasihatkan tidak membayangkan Apple Glass seperti kaca mata hitam pintar dalam filem memandangkan reka bentuk Apple Glass AR ini hanya berlandaskan kaca mata standard yang biasa.

    Apple Glass dikatakan akan dilancarkan bersama siri iPhone 12, namun mungkin dianjak tarikhnya kerana ia bergantung kepada situasi keadaan pandemik COVID-19. Harganya dianggarkan bermula pada $499 (lebih kurang ~RM2169). Apa pun, semua ini hanyalah khabar angin untuk membantu anda membayangkan produk teknologi. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured