More

    Apple iMac 24″ dengan cip M3 rasmi di Malaysia – CPU 8 teras, GPU 10 teras, resolusi 4.5k bermula RM6,299

    Seperti yang dikhabarkan, Apple hari ini mengeluarkan generasi baharu iMac 24 inci selepas tiga tahun pelancaran iMac M1. Peranti baharu ini menggunakan reka bentuk yang serupa dengan generasi sebelumnya dan dilengkapi dengan pemproses M3 terkini yang mempunyai prestasi yang lebih pantas serta cekap.

    iMac M3 ini menawarkan tujuh pilihan warna iaitu hijau, kuning, oren, merah jambu, ungu, biru dan perak dengan ketebalan hanya 11.5mm. Paparannya juga sama seperti sebelumnya yang dilengkapi dengan paparan Retina 24 inci, 11.3 juta piksel, resolusi 4.5K, menyokong gamut warna lebar P3, lebih daripada 1 bilion warna dan kecerahan 500 nits.

    Cipset M3 yang digunakan mengintegrasikan pemproses pusat 8-teras dan pemproses grafik dengan sehingga 10 teras. Berbanding dengan produk generasi sebelumnya yang dilengkapi dengan cip M1, kelajuan meningkat sehingga 2 kali ganda. Seperti cipset A17 Bionic, cip M3 baharu juga menyokong pengesanan sinar perkakasan.

    Di samping itu, Apple berkata cipset M3 adalah 30% lebih pantas daripada M1 dan 15% lebih pantas daripada M2. Cip M3 menawarkan prestasi yang lebih baik dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah menjadikannya pemproses paling cekap daripada Apple setakat ini. Selain itu, iMac baharu hanya menawarkan cip M3 standard. 

    Sehingga kini, tiada iMac yang menampilkan cip M3 Pro atau M3 Max. Harga untuk peranti ini bermula daripada RM6,299. Anda boleh membuat tempahan pada laman rasmi Apple mulai hari ini. Bagaimanapun, tiada tarikh penghantaran rasmi setakat ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iMac M3 terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured