More

    Apple iMac dikemas kini dengan Intel 10th Gen dan kamera web 1080p, harga bermula RM7,999

    Semalam, Apple telah mengumumkan kemas kini untuk Apple iMac dengan beberapa penambahbaikan besar. Kemas kini ini mungkin telah lama dinantikan oleh pengguna iMac dan ianya telah tersedia untuk pengguna iMac di Malaysia.

    Model iMac 27 inci ini ditambah baik dengan pemproses Intel Generasi Ke-10 yang terbaru. Jadi, anda boleh memilih pemproses dalam pilihan 6-teras (core), 8-teras, dan kini sehingga 10-teras. Untuk grafik, iMac 27 inci mempunyai prestasi grafik 55% lebih baik dengan janaan siri Radeon Pro 5000.

    Bukan itu sahaja, Apple telah menstandardkan SSD dan menambah cip Apple T2, serta menaik taraf resolusi kamera web kepada 1080p (sama seperti iMac Pro). Paparan iMac 27 inci juga ditambah baik melalui True Tone yang mampu memberi keseimbangan warna yang baik.

    Turut hadir adalah penambahbaikan kepada pembesar suara dan mikrofon bergred kualiti studio untuk iMac 27 inci. Untuk iMac dan iMac Pro 25 inci, pengguna kini boleh mengubah suai tetapan SSD dengan Fusion Drive. iMac Pro 25 inci hadir dengan pemproses Intel Xeon 10-teras sebagai pemproses standard, boleh ditambah sehingga 18-teras.

    Di pasaran Malaysia, iMac 27 inci bermula pada harga RM7,999, tersedia untuk ditempah pada hari ini melalui laman web rasmi Apple atau aplikasi Apple Store. Model iMac dan iMac Pro 25 inci terbaru pula akan dijual masing-masing dengan harga RM4,749 dan RM20,855.

    Adakah anda bakal menaik taraf iMac anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured