More

    Apple iPhone 12 mungkin guna komponen bateri lebih murah untuk tanggung kos 5G

    Terkini, sumber melaporkan bahawa Apple sedang mencuba untuk mengaplikasikan langkah menjimatkan kos untuk siri iPhone 12. Penjimatan ini adalah kerana Apple sudah menanggung kos untuk sokongan teknologi 5G, dalam masa yang sama ingin mengekalkan harga yang baik untuk pasaran.

    Hal ini timbul melalui penganalisis Apple terkenal, Ming Chi Kuo melalui pernyataan beliau. Kuo menyatakan bahawa teknologi 5G Sub-6GHz bakal menelan belanja sebanyak $125-S135, jadi Apple cuba menjimatkan kos dari segi aspek komponen lain.

    Komponen yang dikatakan bakal menjimatkan kos adalah komponen baterinya. Papan bateri jenis hibrid keras dan lembut yang akan digunakan pada iPhone 12 adalah 40% hingga 50% lebih jimat berbanding papan bateri pada siri iPhone 11.

    Tidak terhenti di situ, Apple bakal menggunakan papan bateri jenis lembut yang jauh lebih murah pada iPhone 12s (30-40% lebih murah berbanding iPhone 12).

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai tarikh pelancaran dan ramalan harga iPhone 12.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured