More

    Apple lancar Promosi Kembali ke Sekolah 2025 dengan diskaun untuk peranti terpilih!

    Apple telah mengumumkan Promosi Kembali ke Sekolah 2025 bagi pasaran Malaysia yang disasarkan untuk pelajar baharu, ibu bapa serta para pendidik yang bakal memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.

    Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membeli model Mac atau iPad yang layak bukan sahaja akan menikmati harga pendidikan khas, malah turut menerima hadiah percuma seperti sepasang AirPods atau aksesori terpilih lain termasuk Apple Pencil Pro yang terbaharu.

    Promosi ini boleh disertai melalui Gedung Pendidikan Dalam Talian Apple Malaysia atau dengan mengunjungi kedai fizikal Apple terpilih di seluruh negara. Antara peranti utama yang ditawarkan termasuk MacBook Air baharu yang dikuasakan cip M4. Komputer riba ini hadir dalam saiz 13 dan 15 inci serta empat pilihan warna seperti biru, perak, putih dan hitam.

    Dengan rekaan nipis kurang setengah inci dan berat yang ringan, ia sesuai untuk pelajar yang mementingkan mobiliti. MacBook Air ini menawarkan hayat bateri sehingga 18 jam, dilengkapi kamera 12MP yang dinaik taraf dan boleh menyambung ke dua paparan 6K serentak. Ia juga menyokong ciri pencerminan iPhone yang diperkenalkan dalam macOS Sequoia.

    Selain itu, iPad Air generasi baharu turut tersenarai dalam promosi ini. Dengan cip M3 yang berkuasa, ia hadir dalam dua saiz iaitu 11 inci dan 13 inci. Ia menyokong penggunaan Apple Pencil Pro, Apple Pencil versi USB-C, Magic Keyboard yang direka semula. Terdapat juga sokongan untuk rangkaian 5G dan dilengkapi pelbagai ciri pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).

    Bagi pelajar dan pendidik yang ingin mengetahui lebih lanjut, Apple menyediakan halaman pendidikan khas di laman rasmi mereka yang memaparkan panduan, tip pembelajaran serta cadangan aplikasi dan aksesori yang sesuai. Promosi ini akan ditawarkan untuk tempoh terhad. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...