More

    Apple lancarkan cipset M2 dengan CPU 18% dan GPU 35% lebih pantas berbanding M1

    Pada acara WWDC 2022, Apple mengumumkan cipset M2 sebagai pengganti M1 yang merupakan cip komputer berasaskan ARM pertama yang dibina sendiri oleh Apple dan diperkenalkan pada November 2020.

    Cip M2 terdapat pada MacBook Air dan MacBook Pro 13 inci baharu. Cip 5nm generasi kedua ini mempunyai CPU 8 teras memberikan peningkatan sebanyak 18% dan GPU 35% untuk prestasi lebih pantas dan cekap. Ia boleh menyampaikan prestasi puncak yang mirip dengan cipset Intel dengan hanya menggunakan satu perempat kuasa.

    Teras GPU kelihatan sama tetapi lebih cekap memandangkan cip M2 membawa 10 teras memberikan prestasi 25% lebih baik daripada GPU 8 teras M1 pada tahap kuasa yang sama. Dengan beberapa kuasa tambahan, delta prestasi meningkat kepada 35%. 

    Jika dibandingkan dengan grafik bersepadu dalam Samsung Galaxy Book2 360, Apple mengatakan GPU ini 2.3x lebih pantas pada tahap kuasa yang sama dan prestasi puncak menggunakan satu perlima kuasa.

    Cip M2 16 teras adalah 40% lebih pantas daripada M1 dan mampu memproses sehingga 15.8 trilion operasi sesaat. Pengguna juga mendapat 50% sokongan memori jalur lebar, iaitu 100GB/s. Cip M2 menyokong memori RAM LPDDR5 sehingga 24GB.

    Cipset ini mempunyai lebih 20 bilion transistor iaitu 25% lebih banyak daripada M1. Ia menyokong paparan luaran 6K, 8K H.264, video HEVC, pengekodan dan penyahkod ProRes.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...